Anak tak Dengar Ketika Kita Bercakap? Ketahui Apa Itu Selective hearing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

SELECTIVE HEARING: SAYA DENGAR APA YANG SAYA MAHU DENGAR

Ingat tak hari tu saya bertanya tentang pengalaman ibu-ibu yang mengalami masalah anak buat buat tak dengar bila kita bercakap.

Dia dengar.
Bukan ada masalah pendengaran cuma dia buat buat tak dengar.

Selective hearing.

Apa yang masuk dalam telinga dia, dia tapis.

Kadang kadang memang geram.
Contohnya bila anak sedang tengok tv.
Kita tanya dia.
“Kakak, tadi kat sekolah belajar apa?”

Keras.
Tak ada respon

Kita tanya lagi.

Keras
Tak ada respon.

Kita apa lagi.
Mula lah nak bertukar jadi hulk hogan kan

Emosi lah. Sampai hati tak nak dengar ibu tanya apa..Tak hormat ibu.

Ya Allah, saya selalu sangat alami benda ni.
Mula mula ingat tak normal.
Tapi bila buat sedikit pembacaan..
Ianya normal sebenarnya di kalangan kanak kanak.

Tapi tak boleh biarkan juga.
Kena didik anak untuk tidak terbiasa begitu.

Tapi sebelum itu.
Kenapa agaknya anak kita buat begitu?

Yang rasa dia nak dengar dia dengar.

Yang dia rasa macam tak nak dengar dia tak layan.

Kenapa?

Haa, meh nak cerita.

Ini sebabnya…

1.Anak mungkin tengah letih

Kadang kadang anak kita dalam keadaan letih atau mengantuk.

Contohnya saya perasan.
Kalau balik dari sekolah, selalu sangat benda ini terjadi.

Bila atas kereta dia buat tak dengar je kita cakap.

Mungkin. 
Mungkin dia letih.
Jadi,dia dengar apa yang kita cakap tapi mungkin dalam kepala dia nampak bantal saja.
Mungkin kan?

Jadi, kalau nampak anak muka pun dah letih.
Tak usahlah tanya dia macam macam.
Beri dia berehat dahulu.
Nanti bila dia dah rileks tanya lah apa ibu nak tanya.

2.Ada sesuatu yang lebih menarik.

Biasanya, kalau ibu ibu bercakap dengan anak yang sedang menonton tv memang mereka jarang respon.

Sebab apa yang mereka lihat itu lebih menarik dari apa yang kita cakap.

Mana boleh lawan Didi cakap dengan ibu cakap
Mesti menang Didi and Friends.

Jadi, bila mahu bercakap dengan anak. Elakkan gangguan seperti bunyi bunyi dan .

Ini hanya akan membuatkan mereka susah untuk fokus.

Kecuali apa yang kita cakap itu lebih menarik berbanding apa yang dia lihat.

Contoh:Siapa nak makan aiskirim?? 
Cuba test cakap slow je

Terus lompat rasanya dari tempat tengok tv

Jadinya, kalau anak sedang buat sesuatu macam tengok TV..

Tarik dia sekejap ke tepi dan baru sampaikan apa yang kita mahu cakap.

3.Ibu bercakap sambil buat kerja lain.

Kadang kadang kita sibuk menghadap kerja kita, tetapi dalam masa yang sama nak bercakap dengan anak.

Anak yang lihat kita yang seakan tidak bersungguh bercakap pun tidak akan berusaha untuk mendengar apa yang kita cakap/tanya.

Bila bercakap, cara terbaik adalah, dekatkan jarak(Kalau boleh sama level) pegang anak (biar ada sentuhan), pandang mata anak (eye contact).

Ajar anak yang bila ibu bercakap bermakna itu adalah sesuatu yang penting untuk mereka dengar.

Ibu pun bila anak bercakap amalkan untuk memberi fokus.

Anak kan belajar dari kita.

Kalau kita mendengar apa yang keluar dari mulut kita, mereka pun akan cuba untuk mendengar.

4.Bercakap terlalu banyak.

Ya, sebagai ibu memang hobi kita bercakap banyak.

Tapi harus diketahui yang anak anak kecil terutamanya tidak dapat memproses maklumat terlalu banyak.

Cukup 1 arahan dalam 1 masa.

Usaha untuk limitkan patah perkataan yang keluar dari mulut kita!

**********

Dah buat macam-macam pun tak nak dengar juga?

Ok.
Ini tips tambahan!

Cuba bercakap dengan anak dengam gaya yang fun dan menarik.

Boleh beri arahan seolah olah itu bukan anda.

Ibu berlakon lah jadi karakter yang dia suka.
Kalau macam saya sendiri, kalau bercakap dengan Aufa dia suka kalau saya guna rentak lagi Omar Hana.

Contoh:
🎶Wahai Aufa Ulwan🎶

Ikut rentak lagu Omar Hana tau.
Kalau buat macam ni terus telinga dia ready nak dengar apa yang keluar dari mulut ibu

Perkongsian asal di Facebook dari:

Puan Farhan

p/s: Boleh juga join group telegram Puan Farhan. Banyak info-info berguna tau yang boleh kita baca dan amalkan. Klik je link di bawah okey!

https://t.me/notaparentingpuanfarhan

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top