5 Mitos Measles (Demam Campak) Yang Kita Perlu tahu Dan Betulkan! - Zuriat

5 Mitos Measles (Demam Campak) Yang Kita Perlu tahu Dan Betulkan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Measles tidak merbahaya?

Measles adalah merbahaya. Ia boleh membunuh. Ia amat mudah berjangkit. Jika seorang pesakit measles duduk dalam bilik yang ada 100 orang, 90 orang akan dijangkiti. Dan orang yang menghidap measles boleh menjangkiti orang lain 4 hari sebelum dan 4 hari selepas ruam keluar. Bermakna, sebelum ruam keluar pun dia boleh menularkan jangkitan.

1 dari 4 kes akan masuk hospital. Terutamanya bayi dan kanak-kanak bawah 1 tahun. Biasanya akibat cirit birit teruk atau jangkitan telinga (boleh bawa kepada pekak)

1 dari 1000 akan bengkak otak (encephalitis) dan ada risiko ini hingga 10 tahun selepas jangkitan measles sembuh (subacute sclerosing encephalitis). Ia menyebabkan kecacatan otak.

1-2 orang dari 1000 kes measles akan mati. Kena ingat, bila wabak jadi, bukan seorang dua yang kena. Boleh merebak hingga beribu dan berpuluh ribu.

Measles sama dengan chicken pox?

Measles digelar demam campak (walaupun ini tidak begitu tepat), chicken pox pula digelar cacar air. Keduanya berbeza. Chicken pox disebabkan kuman Varicella zoster manakala measles disebabkan oleh kuman measles.

5 Mitos Measles (Demam Campak) Yang Kita Perlu tahu Dan Betulkan! 1
Ruam campak

Secara relatif, jangkitan chicken pox adalah kurang merbahaya berbanding measles. Sebab itu walaupun ada vaksin untuk chicken pox, ianya tidak dimasukkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan.

5 Mitos Measles (Demam Campak) Yang Kita Perlu tahu Dan Betulkan! 2
Ruam chicken pox

Ruam chicken pox dan measles juga berbeza. Ruam chicken pox biasanya akan menjadi kantung kecil berisi air yang pecah. Manakala measles pula biasanya ruam merah rapat-rapat dan tidak ada air.

Dah ambil vaksin MMR (Mumps, Measles And Rubella) tapi masih kena demam campak.

Umum masyarakat ingat demam dan ruam sahaja, terus digelar demam campak. Selain measles, banyak lagi kuman lain boleh datang dengan demam dan ruam. Boleh jadi, jangkitan yang kita anggap demam campak itu disebabkan oleh kuman lain seperti Scarlet fever, jangkitan listeria dan parvovirus. Malah, demam denggi pun boleh datang dengan demam dan ruam.

Jadi, untuk sahkan demam itu measles atau tidak, bawa ke klinik untuk diperiksa dan tanya doktor ini measles atau tidak. Kebanyakan masa, measles disahkan melalui ujian darah.

Dah ambil vaksin, kena measles jugak, doktor dah sahkan.

Vaksin MMR tidak melindungi 100 peratus terhadap measles. Selepas suntikan pertama, dari 100 orang yang menerima suntikan, 95 orang akan dilindungi, lagi 5 masih boleh kena measles walau dah disuntik. Selepas suntikan kedua, bilangan dilindungi naik ke 99 peratus. Bermakna masih ada seorang yang mungkin gagal dilindungi walau disuntik vaksin.

Mereka ini walau tidak bernasib baik, boleh dilindungi kalau semua orang ambil suntikan dan bina imuniti kelompok yang bagus. Sebab itu vaksin bukan pilihan individu, ianya tanggungjawab bersama.

Malah, mereka yang menerima suntikan biasanya kalau kena jangkitan, ianya tidak serius dan tidak menyebabkan kematian. Pada 2018, kesemua kematian akibat measles adalah mereka yang tidak divaksin.

Kalau anak saya dah kena demam campak, dah tak perlu vaksin MMR dah.

MMR tu ada 3 huruf, Measles, Mumps dan Rubella. Ia melindungi dari 3 penyakit. Jadi, walaupun dah sah anak anda pernah kena measles, vaksin ini masih diperlukan untuk cover Mumps dan Rubella.

Dan seperti penjelasan tadi, kita tak tahu yang anak anda kena itu betul-betul measles atau tidak tanpa pemeriksaan doktor.

Jangan risau, tiada istilah vaksin overload. Kalau pun anak anda pernah kena measles dan ada imuniti terhadapnya, walaupun kita beri lagi antigen melalui suntikan MMR, sistem imuniti anak anda akan lawan antigen tu macam jentik semut je. Maka jangan risau.

Yang anda kena risau, if anak anda belum dapat suntikan measles dan anda dikelilingi antivaksin. Ingat ya, 100% kematian measles pada 2018 adalah budak kecil yang tidak menerima vaksin.

Vaksin jom!

perkongsian asal di Facebook dari:

Dr Amirul Amzar

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top